Sajak Sejarah Tg.5

MAKSUD

- penyajak menyatakan bahawa sejarah berlaku pada masa dan tempat yang tertentu dan akan berlalu apabila tiba masanya
- sejarah mencatat pelbagai peristiwa yang benar, termasuklah kisah kejatuhan pemimpin zalim / diktator yang pernah berkuasa.
- walaupun sesuatu kejadian semakin dilupakan tetapi sejarah yang telah berlalu itu menimbulkan kesedaran untuk membuat pertimbangan semasa membuat sebarang keputusan / dapat dijadikan iktibar
- walaupun sejarah (aku) dikatakan tidak penting tetapi sepanjang riwayat hidup , sejarah tetap berlaku.
- sejarah tetap akan merakamkan segala peristiwa sebab sejarah tidak dapat dihalang dan tidak akan menipu.

TEMA

- Sejarah yang tetap akan berlaku serta tidak boleh dihalang.

PERSOALAN

1. Sesuatu peristiwa yang berlaku akan kekal sebagai sejarah
2. Sejarah tidak pernah menipu atau berbohong
3. Peristiwa sejarah dapat dijadikan iktibar.
4. Manusia boleh melakukan perubahan untuk mencipta sejarah.

BENTUK

1. Terdiri daripada 5 rangkap.
2. 3 baris hingga 8 baris serangkap.
3. 1 hingga 6 patah kata sebaris.
4. 5 hingga 14 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Aliterasi.
Contohnya; kerana sejarah itu simpang siur (pengulangan konsonan ?s?)
2. Asonansi.
Contohnya; tapi detik ini maha penting (pengulangan vokal ?i?)
3. Pengulangan kata.
Contohnya; pada tempatnya,pada waktunya,pada ukuran keutamaan.
4. Metafora.
Contohnya; sungai marah,air peristiwa.
5. Sinkof.
Contohnya; kewujudanku.
6. Personifikasi.
Contohnya; batu pada sungai marah.
7. Inversi.
Contohnya; juga akan tenggelam (sepatutnya akan tenggelam juga)

NILAI

1. Ketabahan.
Contohnya , kita mesti tabah menerima sesuatu peristiwa,terutamanya peristiwa sedih.
2. Kebijaksanaan.
Contohnya , penyajak digambarkan sebagai orang yang bijak belajar daripada peristiwa sejarah.
3. Keberanian.
Contohnya , walaupun penyajak menganggap dirinya kerdil dan tiada kedudukan tetapi dia tetap berani berjuang menentang kezaliman.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mengingati peristiwa bersejarah kerana kita dapat iktibar daripadanya.
2. Kita mestilah berusaha mencipta sejarah yang baik.
3. Seorang pemerintah hendaklah adil semasa memerintah.
4. Kita mestilah berani menentang ketidakadilan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Your Way To Exam