Sajak Di Kota Kecilku Tg.5

MAKSUD

? Ketika penyajak pulang ke kampung halamannya melalui padang Speedy dan terus ke Durian Sebatang , dia terkenang akan masa lampau.
? Di daerah kecil itulah penyajak mula menuntut ilmu bersama dengan teman -temannya. Ayah dan emak penyajak berkorban untuk menyekolahkannya.
? Penyajak melihat sekolah lamanya sudah jauh berubah.Di sekolah itulah dia pernah mendapat kejayaan yang cemerlang dengan mendapat pangkat 1 tetapi ayahnya yang mungkin kurang berpendidikan seolah-olah tidak menunjukkan rasa bangga dengan kejayaan itu.
? Penyajak sedar bahawa dia mula mengenal kehidupan di situ.Walaupun kini dia telah berpindah ke tempat lain, namun dia tetap menyimpan perasaan rindu akan tempat berkenaan.

TEMA

? Kerinduan terhadap masa silam yang penuh kenangan.

PERSOALAN

1. Pengorbanan ibu bapa memberikan pelajaran sentiasa dikenang oleh anak -anak yang tahu mengenang jasa.
2. Keakraban rakan sebaya pada zaman persekolahan akan senantiasa dikenang sehingga dewasa.
3. Pengorbanan guru yang mendidik anak-anak muridnya hingga berjaya.
4. Rasa cinta pada kampung halaman walaupun telah berhijrah.

BENTUK

1. Terdiri daripada 4 rangkap.
2. 6 baris hingga 8 baris serangkap.
3. 1 hingga 5 patah kata sebaris.
4. 2 hingga 11 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Asonansi.
Contohnya ; sesaat tiba di muka sekolah (pengulangan vokal ?a?)
2. Aliterasi.
Contohnya ;di sini anak belasan tahun (pengulangan konsonan ?n?)
3. Pengulangan kata di awal baris.
Contohnya ;di sini aku pulang, di sini anak belasan tahun.
4. Sinkof.
Contohnya; kulewati kota kecilku.
5. Simile.
Contohnya ;detik itu datang bagai mimpi.
6. Inversi.
Contohnya; meski berubah pandangan (sepatutnya meski pandangan berubah)

NILAI

1. Kerajinan.
Contohnya , rajin dan gigih belajar hingga berjaya dalam pelajaran
2. Kasih sayang.
Contohnya, penyajak sangat sayang akan kampung kelahirannya , teman - temannya dan ibu bapanya yang telah banyak berkorban .
3. Kecekalan / ketabahan.
Contohnya , penyajak tabah menghadapi pelbagai rintangan untuk menuntut ilmu sehingga mampu mencapai kejayaan.
4. Mengenang jasa atau budi.
Contohnya , penyajak senantiasa mengenang jasa ibu bapa dan gurunya

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah gigih menuntut ilmu sehingga berjaya
2. Kita hendaklah mengenang jasa guru dan membalas jasa ibu bapa yang telah mendidik kita menjadi insan berguna.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Your Way To Exam