Novel Seteguh Karang(Sab,Sar,Phg,Terg) Tg.5

Sinopsis:
Hidup di dunia ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Banyak perkara yang tidak diduga berlaku bagaikan dalam mimpi. Ajal, maut, rezeki dan jodoh adalah takdir yang sudah ditetapkan oleh Ilahi. Justeru itu, manusia hrus besabar dalam menghadapi segala dugaan. Seteguh Karang membawakan kita kisah tragik sebuah keluarga yang selama ini hidup bahagia dan sentosa. Kematian dalam keluarga telah menghancurkan impian tiga orang anak gadis yang telah ditinggalkan ibu bapa mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Anis, Maysarah dan Anita terpaksa berhadapan dengan seribu satu masalah yang tidak terduga. Kuatkah hati mereka dalam menempuh badai kehidupan? Peristiwa ini telah diungkapkan oleh penulisnya dalam novel ini dengan olahan yang menarik dan meyakinkan.


Teknik plot:
Imbas kembali (Watak + teringat .....)
-Awanis teringat akan peristiwa ketika dia berusia tujuh tahun iaitu Maysarah menyuruhnya mengaku bahawa dia yang memecahkan pasu kesayangan mama sedangkan Maysarah yang
melakukannya.
-Awanis teringat akan kecantikan Maysarah dan kecerdasannya dalam pelajaran.
-Awanis teringat akan bantuan Maysarah yang melukiskan peta Semenanjung Malaysia semasa
dia masih bersekolah.
-Awanis teringatkan waktu dia mendaftar di ITM Perlis seminggu selepas kematian ibu bapanya

Imbas muka (Watak + menggambarkan/ membayangkan .....)
-Awanis cuba menggambarkan penerimaan suami Kak Nor apabila kembali ke rumah dan
mendapati Awanis menumpang di rumahnya.
-Awanis cuba menggambarkan perawakan Encik Johari iaitu penyelianya sebelum masuk ke
pejabatnya.

Dialog (Watak 1 + berbual-bual/ bertengkar + dengan watak 2 tentang .....)
-Awanis berbual-bual dengan Budi tentang usaha Budi mencari rezeki di Malaysia.
-Awanis bertengkar dengan Encik Lee tentang sikapnya yang enggan menerima kehadiran Anita di rumahnya.

Monolog dalaman (Watak + mencemuh/ berkata-kata + dalam hatinya tentang .....)
-Awanis mencemuh di dalam hatinya tentang sikap ego Encik Johari yang memandang rendah
dan tidak memahami dirinya.
-Awanis berkata-kata sendirian di dalam hatinya tentang kematian Budi yang amat menyedihkannya.

Saspens (Pembaca tertanya-tanya sama ada .....)
-Pembaca tertanya-tanya sama ada Awanis mampu menunggang motosikal buruk yang tidak
mempunyai brek.
-Pembaca tertanya-tanya sama ada Encik Lee akan menerima semula Anita yang dianggapnya
membawa sial.
-Pembaca tertanya-tanya sama ada hubungan Awanis dengan Wan Asri akan berterusan selepas Awanis meninggalkan menamatkan latihan praktikalnya di Terengganu.
-Pembaca tertanya-tanya sama ada Maysarah akan selamat atau sebaliknya selepas dimasukkan ke hospital.
-Pembaca tertanya-tanya sama ada Budi akan selamat selepas dipatuk ular.

Kejutan (Pembaca tidak menyangka bahawa .....)
-Pembaca tidak menyangka bahawa Encik Johari sebenarnya tidak suka menerima kehadiran
pelatih perempuan.
-Pembaca tidak menyangka bahawa Budi akan dipatuk ular dan akhirnya meninggal dunia.
-Pembaca tidak menyangka bahawa Anita sanggup melarikan diri dari rumah.
-Pembaca tidak menyangka bahawa Maysarah sanggup menelan pil tidur secara berlebihan
dan terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan di hospital.
-Pembaca tidak menyangka bahawa Awanis berani masuk ke ladang seorang diri dan bertemu
dengan buruh-buruh Indonesia.

Pemerian (Pengarang menggambarkan keadaan/ sikap .....)
-Pengarang menggambarkan keadaan tempat tinggal buruh Indonesia semasa Awanis masuk
ke ladang kelapa sawit.
-Pengarang menggambarkan sikap Kak May yang menjadi pemurung selepas kematian ibu bapanya.
-Pengarang menggambarkan kemajuan pesat daerah Kerteh semasa Awanis dan Wan Asri melalui kawasan itu ketika bersiar-siar pada hujung minggu.
-Pengarang menggambarkan kesibukan dan kepelbagaian barang jualan di Pasar Besar Kedai
Payang, Kuala Terengganu semasa Awanis dan Wan Asri bersiar-siar pada hujung minggu.


Pengajaran:
1. Kita janganlah mudah kecewa hingga kerap bersedih dan bermurung supaya tidak menjejaskan kesihatan diri
Bukti: Kak May bermurung selepas kematian abah dan mama kerana tidak mengikut kata ibu bapanya hingga akhirnya dia menghadapi tekanan perasaan

2. Kita janganlah mementingkan diri sendiri hingga menyusahkan orang lain supaya tidak dibenci atau dipinggirkan oleh orang lain
Bukti: Kak May mementingkan diri sendiri sehingga sanggup membocorkan rahsia bahawa Anita cuma anak angkat dalam keluarganya

3. Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan kehidupan yang berbeza supaya tidak disisihkan oleh masyarakat tempatan
Bukti: Awanis dapat menyesuaikan diri di tempat dia menjalani latihan praktikal di Hulu Paka

4. Kita hendaklah menaruh rasa simpati kepada insan yang malang nasibnya supaya nasib mereka dapat dibela
Bukti: Awanis bersimpati dengan nasib Budi yang terpaksa bekerja pada usia yang muda untuk menyara keluarganya di Indonesia

5. Kita hendaklah berani bertindak demi menegakkan kebenaran supaya prinsip kita dihormati
Bukti: Awanis berani mencabar pandangan Encik Johari walaupun dia seorang perempuan dan Encik Johari merupakan penyelianya.


Nilai murni:
1. Kasih sayang
Bukti : Awanis sangat sayang akan Anita walaupun bukan adik kandungnya

2. Ketabahan
Bukti : Awanis menerima hakikat kematian abah dan mama dengan hati yang tabah

3. Keberanian
Bukti : Awanis berani masuk ke ladang bersendirian kerana tidak mahu bergantung kepada Encik Johari

4. Tidak mudah berputus asa
Bukti : Awanis sanggup mengambil peperiksaan SPM untuk kali kedua setelah gagal pada kali pertama

5. Tidak mementingkan diri sendiri
Bukti : Awanis sentiasa menasihati adiknya, Anita agar tidak bergantung kepada orang lain dan belajar hidup berdikari

6. Pemurah
Bukti : Kak Nor sudi mempelawa Awanis menetap di rumahnya di Paka

7. Mengambil berat / prihatin
Bukti : Cikgu Rushda mengambil berat terhadap muridnya, Anita dengan membenarkan Anita menetap di rumahnya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Your Way To Exam