Novel Julia (Ked,PP,Perak) Tg.5

Salah satu nilai yang dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah novel ialah nilai bertimbang rasa. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tiga peristiwa yang menunjukkan amalan nilai bertimbang rasa.

Peristiwa : Bertimbang rasa semasa bertengkar / berbalah
.
Huraian : Pertengkaran Julia dengan Encik Baharom berlaku di pejabat BMPRO Holding . Julia masih bertimbang rasa terhadap kekasaran yang ditunjukkan oleh Encik Baharom berkenaan dengan cadangan penjualan BMPRO Transport. Julia menerima permohonan maaf Encik Baharom dan tidak mengambil tindakan memecatnya.
Peristiwa : Bertimbang rasa terhadap hak anak tiri .
Huraian : Ummi Sarah ke rumah Julia untuk menceritakan keadaan sebenar kedudukan dirinya.Ummi Sarah bertimbang rasa kerana tidak memberi tekanan kepada Julia dalam soal tuntutan butik BMPRO. Sebaliknya Ummi Sarah mengatakan tindakan adiknya Syed Mustafa tidak pernah dibincangkan dengannya.
Peristiwa : Bertimbang rasa terhadap keadaan anak.
Huraian : Datin Maznah berkunjung ke Perth untuk menghantar Julia menyambung pengajiannya di sana. Datin Maznah menangguhkan pendaftaran Julia di Hidayah Islamic College kerana memahami bahawa Julia masih belum bersedia. Datin Maznah bertimbang rasa kerana Julia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran negara asing.
Peristiwa : Bertimbang rasa isteri terhadap hak suami
Huraian : Datin Maznah bertimbang rasa kerana membenarkan suaminya Dato’ Bakar berkahwin dengan Ummi Sarah. Apabila hal itu dibangkitkan oleh Pak Cik Khairil, Datin Maznah mengingatkannya bahawa itu hak Dato’ Bakar dan dia sendiri berbaik-baik dengan madunya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Your Way To Exam