Di Sisi Rinda Tg.5

TEMA


Penderitaan hidup yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat semasa perang



PERSOALAN


1. Perang mengakibatkan hidup susah dan porak-peranda
2. Ikatan kasih sayang sesama manusia dan manusia dengan haiwan
3. Perjuangan untuk meneruskan kehidupan yang sentiasa diancam oleh tentera Jepun yang zalim
4. Kepercayaan tentang mitos dan peranan keris dalam kehidupan masyarakat Melayu



WATAK DAN PERWATAKAN


JUMARI JIPAN

1. Seorang kelasi
2. Orang tua yang menjadi datuk angkat Deliah
3. Kawan baik Ripin (datuk Deliah ) yang terkorban akibat terkena bom tentera Jepun
4. Pernah bertugas dengan askar British
5. Baik hati kerana dia sanggup membawa Deliah ( cucu Ripin dan anak yatim piatu) ke tempat kerjanya di dalam bot
6. Berani lari daripada askar Jepun
7. Bijak menyembunyikan bot daripada askar Jepun supaya mudah melarikan diri.


DELIAH

1. Comel, berkulit putih, hidung mancung, kening lebat dan rambut kerinting
2. Anak yatim piatu. Ayah,ibu,kakak,dan datuknya terbunuh terkena bom tentera Jepun.
3. Tinggal bersama dengan Jumari Jipan setelah kematian semua anggota keluarganya
4. Sahabat baiknya ialah seekor kucing bernama Rinda
5. Selalu bercakap sendiri dan berbual dengan kucingnya.
6. Percaya kepada mitos dengan mengatakan bahawa keris yang ditemukan oleh Jumari Jipan milik datuknya yang mempunyai "kuasa sakti"
7. Digelar Cik Jenin kerana pandai bercerita.



LATAR


LATAR TEMPAT

* Di dalam bot tempat Jumari Jipan bekerja, di kampung nelayan, di bekas khemah tentera rejimen Melayu, di dalam bot tempat Deliah menyembunyikan diri semasa dikejar oleh tentera Jepun, di tepi muara.


LATAR MASA

* Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu


LATAR MASYARAKAT

* Masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan perkampungan di tepi laut.

* Masyarakat Melayu yang masih percaya dengan unsur mitos

* Masyarakat yang menjadi mangsa peperangan, terpaksa hidup menderita semasa pemerintahan tentera Jepun yang kejam.

* Tentera Jepun yang selalu bertindak kejam terhadap orang-orang yang tidak bersalah.



PLOT


* Permulaan - diperkenalkan dengan watak Jumari Jipan (orang tua)dan Deliah (anak kecil yang yatim piatu)

* Perkembangan - digambarkan konflik yang dihadapi oleh Jumari Jipan , iaitu Deliah mahu mengikutnya kerana Deliah takut untuk tinggal di rumah semenjak
rumahnya kena bom tentera Jepun.

* Perumitan - digambarkan Jumari Jipan terpaksa membawa Deliah dan kucing kesayangannya, Rinda ke dalam bot kerana Jumari bekerja di situ.Jumari terpaksa
berbuat begitu walaupun dia tahu bahawa bot itu sentiasa terdedah kepada serangan tentera Jepun.

* Puncak / klimaks - digambarkan Jumari Jipan dan Deliah berjaya melarikan diri apabila dikejar oleh askar-askar Jepun

* Peleraian - Jumari Jipan dan Deliah serta Rinda berjaya sampai di bot yang disembunyikan oleh Jumari Jipan semasa mereka menyelamatkan diri daripada tentera Jepun.Dengan bot itulah mereka melarikan diri dari tempat itu.



GAYA BAHASA


1. Bahasa Indonesia. Contohnya ; Wak, Rentjong Atjeh (Rencong Aceh)
2. Personifikasi. Contohnya ; bot kecil itu berlenggang-lenggang
3. Repitasi. Contohnya ;mereka memang sama-sama sekolah,sama-sama seiring remaja,sama-sama sehari bersunat,sama-sama beransur dewasa.
4. Metafora. Contohnya ; mata belolok (mata terbeliak seperti buah belolok)



NILAI


1. Kasih sayang. Contohnya , Jumari Jipan sangat sayang akan Deliah dan membawa Deliah ke mana-mana untuk memastikan Deliah selamat.
2. Belas kasihan atau simpati. Contohnya, Jumari Jipan berasa sangat kasihan kepada Deliah yang kehilangan seluruh anggota keluarganya akibat terkena bom tentera Jepun.
3. Kecekalan/ketabahan. Contohnya , Jumari jipan sentiasa cekal menghadapi pelbagai dugaan atau keadaan bahaya yang mengancam nyawa pada zaman perang.



PENGAJARAN


1. Kita hendaklah bersimpati dan membantu anak yatim piatu.
2. Kita hendaklah cekal ketika menghadapi pelbagai dugaan atau kesusahan lebih-lebih lagi pada zaman perang.
3. Kita hendaklah berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada musuh yang senantiasa bersikap kejam
4. kita hendaklah menyayangi segala makhluk di dunia ini termasuklah haiwan.
5. Kita hendaklah bersyukur menikmati kemerdekaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Your Way To Exam