Syair Pembunuhan Angreni Tg.4

Rangkap Pertama
Mereka sampai di tepi pantai yang pasirnya putih dan suasananya tenang.Batu-batunya cantik seperti dicanai dan kelihatan juga ombak yang mencecah pantai.

Rangkap Kedua
Di situ terdapat sepohon bunga cina dan bunga cempaka yang diapit pula bunga angsana.Bunga-bunga itu kelihatan indah dengan pelbagai warna.Di tempat itulah Raden Kartabangsa berhenti.

Rangkap Ketiga
Di situ terdapat seketul batu yang rata seperti katil raja.Raden Perbangsa segera mengajak Ratna Angreni berhenti di batu yang terhampar itu.

Rangkap Keempat
Selepas turun dari usungan,Ratna Angreni pun duduk di batu itu sambil menjuntaikan kaki.Dalam hatinya, tersemat kukuh perasaan bersalah.

Rangkap Kelima
Ratna Angreni berasa hairan mereka pergi ke tempat itu,sedangkan ketika itu hari sudah tengah hari dan mereka belum berjumpa dengan Raden Menteri.

Rangkap Keenam
Sebelum itu Raden Kartabangsa sanggup menghantar Ratna Angreni kepada Raden Menteri,tetapi Ratna Angreni berasa hairan kerana dibawa ke dalam belukar.Raden Kartabangsa pula berasa sukar hendak menjawab pertanyaan itu.

Rangkap Ketujuh
Raden Kartabangsa berasa sangat kasihan kepada Ratna Angreni lalu mengatakan bahawa Sang Natalah yang menyuruhnya membawa Ratna Angreni ke situ.

Rangkap Kelapan
Apabila mendengar penjelasan Raden Kartabangsa,Ratna Angreni segera menangis sambil menumbuk-numbuk dadanya.Kemudian,dia bertanya kepada Raden Kartabangsa sama ada Raden Kartabangsa sanggup meninggalkannya seorang diri di situ.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Your Way To Exam