Sajak Pembeli Masa Sudah Tg.4

Tema:-

* Pengalaman seorang pensyair yang menjadikan kisah orang lain sebagai sumber ilham untuk berkarya.

Persoalan:-

* Kehidupan manusia dipenuhi oleh pelbagai keadaan seperti suka, sedih, takut dan sebagainya.
* Pensyair biasanya mendapat bahan tulisannya melalui pengamatannya terhadap kehidupan manusia yang ditemuinya.
* Pengalaman banyak mempengaruhi sikap dan tindakan seseorang.
* Ketelitian dalam berkarya.
* Kehidupan seorang penulis.

Nilai:-

* Bersimpati > Pensyair bersimpati terhadap kesusahan masyarakat yang ditemuinya.
* Berhati-hati > Pensyair sentiasa berhati-hati dalam memilih cerita dan pengalaman orang untuk dijadikan sumber ilham.
* Bantu-membantu > Pensyair membantu golongan bawahan dengan menyalurkan masalah mereka untuk tatapan masyarakat.

Pengajaran:-

* Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang hidup dalam kedaifan > Pensyair mendengar masalah mereka dan menyalurkannya untuk tatapan umum.
* Manusia mestilah berhati-hati dalam segala tindakan agar tidak mendatangkan sebarang masalah > Pensyair amat berhati-hati memilih bahan untuk dijadikan karya agar tidak tersalah pilih dan menyusahkan diri sendiri serta menjamin mutu karya yang dihasilkan.
* Kita perlu saling membantu > Pensyair membantu golongan bawahan dengan menjadi wakil menyalurkan masalah mereka melalui karyanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Your Way To Exam