Sajak Aku Menjadi Lebih Berani Tg.4

Maksud

Penyajak menyatakan dalam persahabatan yang lebih penting ialah kejujuran dan keihlasan bukan sifat luaran. Penyajak berani menghadapi

cabaran kerana dia lebih memahami hatinya dan sahabatnya. Penyajak juga memahami hati wanita yang berani menghadapi cabaran.

Ciri-ciri

Sajak ini berbentuk bebas dan mempunyai tiga rangkap, rangkap pertama mempunyai tujuh baris, rangkap kedua lima baris dan rangkap ketiga mempunyai lima baris.

Tema dan Persoalan

Tema sajak ini ialah sifat keberanian seorang wanita. Persoalannya pula sesetengah orang tidak jujur dalam percintaaan dan pengalaman pahit yang dilaluinya menjadikan dia lebih berani.

Nada

Sajak ini bernada kecewa.

Gaya Bahasa

Asonansi : bajuku ungu ( pengulangan vokal u)

Aliterasi : tidak setulus hatiku ( pengulangan konsonan t)

Nilai

1.

Peribadi kawan atau kekasih
Memilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan fizikal ( kecantikan dan ketampanan), tetapi yang penting kejujuran.

2.

Kemanusiaan
Wanita walaupun bersifat lemah , tetapi akan bangkit menghadapi cabaran apabila dicabar.

3.

Kemasyarakatan
Manusia tidak kira lelaki atau perempuan haruslah berani menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Your Way To Exam