Gurindam Memelihara Anggota dan Hati Daripada Kejahatan Tg.5

MAKSUD

1. Rangkap 1 -Apabila dapat menjaga pandangan / penglihatan dengan baik, maka keinginan / kehendak melakukan sesuatu akan terbatas

2. Rangkap 2 -Apabila pendengaran kita terjaga , kita akan dapat mengelak daripada mendengar perkara yang tidak baik seperti fitnah dan kata-kata keji.

3. Rangkap 3 -Sekiranya seseorang itu dapat mengawal percakapan , dia akan mendapat kebaikan yang banyak.

4. Rangkap 4- Apabila dapat menjaga perlakuan atau perbuatan dengan baik maka perbuatan jahat dapat dielakkan

5. Rangkap 5- Hati ialah alat yang paling penting bagi seseorang .Hati yang kejam membawa kehancuran kepada seseorang.

6. Rangkap 6- Sekiranya perasaan dengki telah sebati dalam diri seseorang, berlakulah pelbagai perbuatan yang jahat.

7. Rangkap 7- Banyak orang yang dipandang hina kerana tidak berfikir sebelum bercakap ,sama ada percakapan yang menghina atau memuji seseorang

8. Rangkap 8- Kemarahan hendaklah dielakkan kerana akan mengakibatkan seseorang tidak dapat menggunakan akal fikiran / hilang pertimbangan

9. Rangkap 9- Percakapan yang tidak benar / berbohong hendaklah dielakkan kerana akan membawa keburukan kepada diri sendiri atau mendedahkan kelemahan diri.

ISI DAN PERSOALAN

1. Pentingnya memelihara penglihatan dan pendengaran untuk megelakkan kejahatan.
2. Sikap dengki membuka ruang untuk melakukan kejahatan yang lain .
3. Berkata kata tanpa berfikir terlebih dahulu akan merosakkan diri.

BENTUK DAN CIRI -CIRI GURINDAM

1. Sembilan rangkap .
2. Dua baris serangkap .
3. Dua hingga enam patah sebaris .
4. Lapan hingga empat baris suku kata sebaris .
5. Rima akhirnya aa.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi ) yang indah . Contohnya ;bertanah , tergelincir .
2. Pengulangan kata pada awal rangkap .Contohnya ;Apabila (Rangkap l,2dan 3)
3. Perlambangan. Contohnya; hati itu kerajaan di dalam tubuh .
4. Asonansi. Contohnya; khabar yang jahat tidaklah damping (pengulangan vokal ?a?)
5. Aliterasi.Contohnya ;nescaya dapat daripadanya faedah [pengulangan konsonan ?d?]

NILAI

1. Berhati-hati. Contohnya , berhati-hati sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Baik hati. Contohnya , elakkan perasaan dengki akan orang lain .
3. Kejujuran. Contohnya ,bercakap benar sepanjang masa.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memelihara pandangan mata daripada melihat perkara yang tidak baik
2. Kita hendaklah menjaga hati kerana hati adalah pengawal tingkah laku .
3. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada sifat dengki kerana sifat ini meyebabkan berlakunya kejahatan .
4. Kita hendaklah menghindari sifat marah kerana marah akan menyebabkan hilangnya pertimbangan yang waras .
5. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada suka berbohong kerana berbohong akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Your Way To Exam