Gurindam Baris Hadapan Tg.4

RANGKAP

MAKSUD

1

Sesuatu ilmu yang dipelajari tidak bermakna sekiranya tidak digunakan.

2

Orang yang tidak berilmu, tetapi cuba melakukan sesuatu, maka perbuatan mereka hanya sia-sia sahaja.

3

Orang yang bercakap tanpa ilmu, tidak akan memberi sebarang faedah.

4

Orang yang hanya tahu membangkang akan disisihkan daripada masyarakat.

5

Kita perlu menguasai ilmu dengan bersungguh-sungguh agar mudah menghadapi masa depan.

6

Seseorang yang belajar dengan tabah akan dapat meningkatkan keyakinan diri.

7

Sekiranya kita mempelajarai ilmu daripada mereka yang pakar menjadikan pegangan lebih mantap.

8

Orang yang berilmu dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan.

Tema dan Persoalan

Tema gurindam ini menekankan tentang kepentingan ilmu. Persoalan yang dikemukakan ialah kepentingan menuntut ilmu, meningkatkan keyakinan diri, sikap suka mengkritik dan berguru dengan mereka yang pakar.

Nilai Murni dan Pengajaran

Elakkan bersikap sombong sekiranya kita mempunyai ilmu. Kita juga tidak digalakkan mengkritik orang lain. Sepatutnya kita memberikan cadangan agar dapat dimanfaatkan bersama.

Ilmu perlu dicari untuk meningkatkan keyakinan diri dan ilmu itu dapat kita kembangkan kepada orang lain.

Kita juga digalakkan menuntut ilmu dengan guru yang berwibawa agar kita memperoleh ilmu yang lebih baik dan luas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Your Way To Exam